Thursday, 8 December 2011

Sejarah Anyaman

·       Seni anyaman merupakan seni kraf sejagat Malaysia yang wujud sejak 300  tahun yang lampau.
·       Dipercayai seni kraf tangan muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. 
·       Kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian utama. 
·       Hasil kraftangan dijadikan alat untuk kegunaan sendiri atau sebagai hadiah kepada sanak saudara atau sahabat handai.
·       Kegiatan anyaman biasanya dijalankan oleh kaum wanita, lelaki hanya  menolong menetak dan  memproses daunnya.
·       Kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak brebeza, cuma bergantung kepada jenis  tumbuh-tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman.
·       Hasil rimba seperti buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu-ribu menyumbang kepada hasil utama kraftangan anyaman.
·       Anyaman yang dihasilkan daripada hasil rimba adalah seperti barangan harian, hiasan dan hadiah.
·       Hasilnya memaparkan keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment